fbpx

Seorang penunggang motosikal dilihat melambung selepas motor yang ditunggangi mangsa terempuh sebuah kereta yang dipandu oleh warga asing ketika menukar laluan secara tiba-tiba dalam kejadian di Kilometer 123.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah Yong Peng semaalm.

Kereta Tukar Laluan Secara Tiba-Tiba, Penunggang Motor Tak Sempat Elak

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, difahamkan insiden yang berlaku pada jam 1.45 tengah hari yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal telah tular di media sosial. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat iaitu Asisten Komisioner Ismail Dollah, beliau memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan telah mengubah laluan secara tiba-tiba dari kiri ke lorong kecemasan.

Katanya, penunggang motosikal yang datang dari belakang gagal untuk brek dan mengelak, lalu terlanggar sisi badan kereta terbabit.

“Kejadian itu dimuat naik pada jam 5.49 petang di media sosial. Pemandu warga asing berusia 52 tahun itu sudah membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada jam 5.20 petang manakala penunggang motosikal belum berbuat demikian.

“Kita harap penunggang terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]