Seorang rakyat Malaysia, K. Datchinamurthy, 39, telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Changi, Singapura, selepas disabitkan kesalahan mengedar hampir 45 gram heroin.

Rakyat Malaysia Datchinamurthy Jalani Hukuman Gantung di Singapura

Menurut kenyataan rasmi Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura pada Khamis, hukuman itu dilaksanakan selepas semua proses perundangan termasuk perbicaraan dan rayuan selesai dijalankan, di mana tertuduh turut mendapat khidmat guaman sepanjang prosiding.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman mati di republik berkenaan hanya dikenakan terhadap kesalahan berat, khususnya yang melibatkan pengedaran dadah kerana memberi impak besar kepada penagih, keluarga serta masyarakat.

Rekod mahkamah menunjukkan Datchinamurthy didakwa mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura pada 2011 dan dijatuhi hukuman mati pada April 2015. Rayuan yang dikemukakannya kemudiannya ditolak Mahkamah Rayuan pada Februari 2016.

Permohonan keluarga untuk menghubungi atau bertemu dengannya buat kali terakhir sebelum pelaksanaan hukuman bagaimanapun tidak dibenarkan. Mereka hanya diminta hadir ke Penjara Changi pada jam 3 petang untuk menuntut jenazah.

Kredit: Laman Web Biro Narkotik Pusat Singapura

 

[fbcomments]