Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki memukul anjing peliharaannya dengan kejam dan menunjukkan sifat yang tidak berperikemanusiaan, dalam kejadian di Pekan Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Difahamkan, kejadian tersebut sempat dirakam oleh saksi kejadian yang kemudiannya memuat naik video berkenaan sambil merayu agar haiwan itu dapat diselamatkan dengan segera.

Video di bawah:

https://www.facebook.com/watch/?v=1708854979928679

Suspek Didakwa Seorang Pemain Badminton Kebangsaan

Memetik laporan Majoriti Official, polis telah mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki yang didakwa pemain badminton remaja kebangsaan, memukul seekor anjing di balkoni rumah apartmen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa, pihaknya menerima laporan pada jam 12.47 tengah malam mengenai video tular yang memaparkan suspek memukul haiwan peliharaannya dengan menggunakan tangan.

“Kes itu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Naazron turut menambah, mana-mana individu dinasihatkan supaya tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau sebarang binatang peliharaan.

“Jika disabit dengan kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tegasnya.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]