Isu kematian seorang pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, terus menjadi bualan hangat masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah turut mendapat perhatian rakyat Thailand yang menggesa keadilan ditegakkan.
@pokdi.44884 Justice For Zara Qairina From Hat Yai Thailand🇹🇠#justiceforzara #hatyaithailand🇹🇠#hatyai #fyp #sabah
Kes Kematian Zara Qairina Terus Raih Perhatian, Rakyat Thailand Turut Suarakan Sokongan
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, sekumpulan individu di Hatyai dilihat mengadakan solidariti untuk remaja berusia 13 tahun itu. Dalam video tersebut, empat pelajar perempuan berseragam sekolah memegang poster bertulis “Justice for Zara”, manakala beberapa individu lain dilihat berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Pokdi, turut disertakan lagu berjudul Justice For Zara Qairina ciptaan Norsalim Ali, menambah rasa pilu kepada penonton. Hantaran itu mendapat lebih 480,000 tanda suka dan mencatat lebih 3.7 juta tontonan, diiringi komen yang meluahkan rasa simpati dan kesedihan.
![]()
Perhatian terhadap kes ini terus memuncak selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menjalankan prosiding inkues bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Terdahulu, pihak berkuasa turut mengarahkan kubur arwah digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dijalankan.
Siasatan juga mendapati wujud ketidakpatuhan terhadap prosedur siasatan awal, seperti yang didedahkan oleh pasukan khas Bukit Aman yang dihantar ke Sabah pada 11 Ogos lalu.
Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada pukul 11 pagi, 17 Julai.
Kredit: TikTok pokdi44884, mStar