fbpx

Balai Polis Ulu Tiram telah menahan reman seorang warga Singapura pada hari ini bagi membantu siasatan kejadian serangan di balai polis tersebut pada Jumaat semalam.

Seramai 7 Suspek Direman

Menurut laporan Harian Metro, individu warga Singapura yang ditahan bakal direman tujuh hari sehingga 24 Mei, sekaligus menjadikan jumlah suspek yang direman setakat ini adalah seramai 7 orang.

Beberapa peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili individu direman turut hadir ke IPD.

Kronologi Kes

Sebelum ini, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan terbabit.

Berikut perincian kronologi kes yang dikatakan berlaku pada jam 2.54 pagi itu:

2.30 pagi : Dua pelajar IPT, seorang lelaki dan seorang perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2.35 pagi : Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

Ada polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi mereka diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

2.54 pagi : Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Kemudian, 2 anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

Anggota yang maut adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, manakala anggota yang cedera ditembak dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]