fbpx

Selepas tular isu mengenai seorang pemain bola sepak dari Selangor FC disimbah asid di sebuah pasar raya Kota Damansara, polis kini melaporkan suspek kejadian berjaya ditahan pada hari ini untuk membantu siasatan.

Suspek Berjaya Diberkas

Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, beliau memaklumkan bahawa suspek telah diberkas di Pandan Indah, Ampang.

“Kita ada menangkap seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an. Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian. Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya.

Suspek turut direman pada hari ini untuk siasatan lanjut berhubung kejadian dan  beberapa saksi juga akan dipanggil bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan tersebut.

Pihak polis kemudian telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja memyebabkan cedera parah.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

“Pemain itu mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan dilaporkan stabil,” katanya.

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]