Usahawan kontroversi iaitu Mariyah Yaakob atau lebih dikenali sebagai Makcik Kemboja memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam yang ikut terpalit dalam isu mengeluarkan kenyataan orang ‘Melayu’ malas pada bulan lalu.
@mariyahholdings madam kena kuat, ibu kena kuat ❤️
Rasa Bersalah Pada Anak
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @mariyahholdings di laman TikTok, Makcik Kemboja terlihat menangis sambil berkata anaknya itu tidak seharusnya terlibat mahupun terjebak dalam isu ini disebabkan usianya yang masih muda.
“Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan. Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini. Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu. Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya,” luahnya.
Tak Boleh Tidur Malam Mengenangkan Nasib Anak
Menerusi perkongsian yang sama lagi, Makcik Kemboja tidak dapat menahan sebak sambil memeluk anaknya itu. Beliau berkata pabila malam, beliau langsung tidak boleh tidur kerana mengenangkan nasib anaknya yang turut dikecam netizen.
Walaupun begitu, Ezuan juga meluahkan bahawa beliau tidak mahu ibunya bersedih dan akan sentiasa bersama ibunya dalam waktu susah mahupun senang. “Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu. Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti,” katanya.
Pada Khamis lalu, Makcik Kemboja dan anak lelakinya Ezuan yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa orang ‘Melayu malas’ telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. Perbicaraan seterusnya bakal dibuat pada Januari tahun hadapan.
Kredit: TikTok mariyahholdings