Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap sombong apabila dikatakan sukar dihubungi serta menolak pelbagai tawaran kerjasama.
@khairulamingfans_ Khairulaming pun manusia biasa macam kita jugak, ada limit & kekurangannya 🥹🙏🏻 @Khairulaming
Khairul Aming Nafi Dakwaan Sombong, Sibuk Urus Perniagaan Jadi Punca Sukar Dihubungi
Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, jadual hariannya kini padat dengan urusan perniagaan jenama Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi, menyebabkan beliau tidak mampu memenuhi semua permintaan daripada pelbagai pihak termasuk sekolah, universiti, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media.
Jelasnya, setiap hari beliau perlu memantau operasi syarikat bermula dari isu bahan mentah seperti ayam dan daging, sehinggalah kepada pengurusan kilang dan bekalan elektrik. Kesibukan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat memberi maklum balas segera, bahkan kepada rakan-rakannya sendiri.
![]()
“Kalau ada yang kata saya sombong, saya reda. Kawan rapat pun kadang-kadang tunggu seminggu baru saya sempat balas mesej,” ujarnya sambil menegaskan situasi itu lebih berpunca daripada kekangan masa dan bukan kerana sikap angkuh.
Dalam masa sama, Khairul Aming turut menitipkan pesanan motivasi kepada orang ramai supaya tidak sekadar rajin bekerja, tetapi perlu bijak mengatur strategi bagi mencapai kejayaan.
“Kalau nak berjaya kena rajin. Tapi kena rajin yang berstrategi. Kalau rajin tak bertempat korang penat, tiada hasil,” katanya.
Kredit: TikTok fanskhairulaming