fbpx

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini menarik perhatian ramai setelah mengumumkan mengenai penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang melibatkan wajah dan suaranya.

Melalui satu perkongsian di laman sosialnya, Khairul Aming mendedahkan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasi imej dan audio beliau untuk tujuan penipuan.

@khairulaming

Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang2 selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet sahaja

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Teknologi Sekarang Menakutkan, Khairul Aming Perjelas Isu

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Khairul Aming memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan yang menggunakan teknologi AI ini. Beliau menegaskan bahawa setakat ini, perniagaannya hanya tertumpu kepada produk Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet sahaja.

“Hari tu bermula dengan photoshop. Now sampai suara aku pun jadi AI sekarang. Imagine berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti,” katanya.

Khairul Aming menjelaskan bahawa suara dan wajahnya yang digunakan dalam video iklan penjualan periuk bukanlah miliknya, sebaliknya merupakan hasil manipulasi teknologi AI oleh scammer. Beliau mengesahkan bahawa produk-produk seperti periuk, Apple Watch, dan blender yang dipromosikan menggunakan wajahnya adalah penipuan yang menggunakan teknologi tersebut secara salah.

“Mereka telah menggunakan wajah saya untuk pelbagai iklan, dan kini sudah berada di luar kawalan. Saya ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu daya yang semakin berleluasa akibat penyalahgunaan teknologi AI,” tegasnya.

Dengan perkongsian ini, Khairul Aming berharap agar masyarakat dapat lebih waspada dan tidak menjadi mangsa kepada penipuan yang semakin canggih dan meluas ini.

Kredit: TikTok khairulaming

[fbcomments]