Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, dilaporkan mengalami keletihan melampau selepas aktif membantu mangsa banjir di Kelantan.
Keadaan tersebut dikongsikan oleh rakannya, Kemey Hakim, menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok pada malam semalam.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSj3EJojh/
Khairul Aming Terpaksa Ambil IV Drip Akibat Keletihan Melampau
Dalam video berkenaan, Khairul Aming dilihat sedang menerima rawatan IV drip di sebuah klinik bagi mengembalikan tenaga selepas melalui jadual yang amat padat dan meletihkan.
Kemey turut memohon doa daripada orang ramai agar Khairul Aming segera sembuh dan kembali sihat.
“Doakan KA guys, speedy recovery,” tulis Kemey dalam kapsyen video tersebut yang mendapat perhatian ramai.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Khairul Aming, mendoakan agar beliau cepat pulih dan kembali meneruskan usaha murninya.
Namun, ada juga yang terhibur dengan pemilihan lagu latar pada video tersebut, yang sering digunakan dalam kandungan berunsur jenaka di TikTok.
Kredit: TikTok kemeyyhakim