Pempengaruh masakan popular, Khairul Aming terus melebarkan jenama makanannya apabila mengumumkan pelancaran produk ketiga yang diberi nama Rendang Nyet Berapi, bakal memasuki pasaran pada 8 Ogos ini.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSSmMGHKM/
Khairul Aming Umum Produk Terbaharu, ‘Rendang Nyet Berapi’
Perkongsian berkenaan dibuat sendiri oleh Khairul Aming di media sosialnya sambil meluahkan keterujaan untuk memperkenalkan hidangan baharu itu kepada para pengikutnya.
“Produk ketiga Khairulaming. Penat lelah dari 3 bulan lepas akhirnya akan berakhir tak lama lagi. KA tak sabar nak bagi you guys rasa Rendang Nyet Berapi ni,” tulisnya.
![]()
Difahamkan, produk makanan sedia dimakan itu adalah hasil usaha berterusan selama tiga bulan dan menjadi kesinambungan kepada dua produk terdahulu beliau yang menerima sambutan luar biasa iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.
Hantaran berkaitan pelancaran tersebut menerima sambutan hangat daripada para pengikutnya, yang rata-ratanya tidak sabar untuk mencuba dan menyokong keluaran terbaharu usahawan muda itu.
![]()
Kredit: TikTok khairulaming