Menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Sri ismail Sabri pada hari ini telah menekankan bahawa pembukaan semula surau di pusat membeli-belah dan hentian rehat dan rawat adalah dibenarkan.
Mesyuarat Khas telah membuat keputusan untuk membuka semula surau di pusat membeli-belah dan R&R. Kita tahu, rentas negeri telah dibenarkan mulai esok. Saya percaya ramai yang akan memulakan perjalanan jauh sebab itu ia dibenarkan buka sama seperti di pusat membeli belah. (Rujuk video minit ke 11:40)
Jelasnya lagi, mulai esok semua surau di kompleks membeli belah di seluruh Malaysia akan dibuka. Walau bagaimanapun, individu yang ingin menunaikan ibadah perlulah patuhi SOP dan menjaga penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.