Setakat jam 9.24 pagi tadi,Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA mengesahkan 92 mangsa telah ditemui dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Hulu Selangor.

Daripada 92 mangsa, 53 mangsa ditemui selamat, 7 cedera dan 8 mangsa meninggal dunia.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di tapak perkhemahan dikenali sebagai Father’s Organic Farm sekitar jam 2 pagi.

Difahamkan beberapa agensi telah diarahkan ke kawasan tersebut antaranya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kejadian tersebut berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan jalan tersebut.

Pasukan Bomba sedang mencari  dan menyelamat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Gohtong Jaya, di Genting Highland, Pahang, dipercayai menjadi mangsa runtuhan tanah runtuh berketinggian 30 meter, awal pagi ini. - Foto Twitter BERNAMA
 Keadaan lokasi bencana tanah runtuh di Father Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali. - Foto ihsan Facebook Korporat JBPM

Foto 1: Twitter BERNAMA, Foto 2- Facebook JBPM

JBPM melaporkan ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.

[fbcomments]