Siapa yang tak kenal dengan pelawak dan bekas penyampai radio Hot FM Shuk Sahar yang sering menjadi bualan hangat netizen kerana terpalit dengan pelbagai kontroversi. Yang paling hangat ialah kes skandal dia lah.


Bagaimanapun menurut Syuk, dia enggan menjadikan segala episod hitam dalam hidupnya sebagai batu penghalang untuk bangkit semula. Walaupun telah kehilangan kerja sebagai penyampai radio, namun dia kini selesa menceburi diri dalam bidang perniagaan pula.

Sewaktu ditemubual oleh pihak Hot FM ketika melancarkan pembukaan kafe terbarunya pada minggu lalu, Shuk memohon doa yang terbaik daripada orang ramai buat dirinya termasuklah dipermudahkan urusan perniagaan.

Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan pembukaan kafe ini. Doakan yang terbaik buat saya ya

Tambah lelaki berusia 35 tahun itu, idea untuk menghasilkan kafe sebenarnya sudah lama dirancang namun secara kebetulan dia sudah tidak terikat dengan komitmen sebagai penyampai radio.


Mungkin akan ada yang kata kafe saya seolah-olah meniru jenama minuman terkemuka yang lain. Perkara itu tidak benar kerana setiap minuman yang dihasilkan memang berbeza

[fbcomments]