fbpx

Telatah anak kecil kadang-kala memang sangat menghiburkan. Mana tidaknya, idea mereka yang mencurah-curah itu kadang-kala dilihat seperti tidak masuk akal buat orang dewasa.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan satu petanda baik yang membuktikan perkembangan fikiran mereka. Begitulah halnya yang berlaku kepada sebuah keluarga ini.

Kisah ini dikongsikan Puan Hasmi Samsuddin mengenai kisah anak lelakinya yang baru bersekolah yang didakwa secara senyap-senyap telah menjadi jurujual di sekolah.

Haru dibuatnya!

Menurut Puan Hasmi dia memberi wang saku sebanyak RM2.00 kepada anak lelakinya yang baru mula bersekolah di darjah satu. Namun, apabila pulang dari sekolah, anaknya meminta tabung untuk memasukkan wang tunai sejumlah RM4.00.

Hal ini membuatkan Puan Hasmi berasa hairan dan bimbang sekiranya anaknya mengambil wang saku rakan di sekolah dan ini jawapan nya:

“Mama bagi RM2 kenapa ada RM4? Ambil duit kawan ke?” soalnya.
“Mana ada abang ambil duit kawan, abang jual belalang,” jawab anaknya.

Ragam anak sekolah, baru 2 hari sekolah mcm2 hal abg eccer belajar..bagi belanja sekolah rm2, balik rm4 🤔..Abg eccer :…

Posted by Puan Hasmi Samsuddin on Jumaat, 3 Januari 2020

Lucu sekali! Pastinya jawapan tersebut bukan sesuatu yang disangka-sangka oleh  seorang ibu.

Malah ada juga netizen kongsi cerita anak mereka turut berbisness di sekolah. Antaranya ialah:

Bijak sungguh anak muda zaman sekarang. Kecik-kecik dah pandai berniaga. Semoga bila besar, menjadi usahawan yang berjaya.

[fbcomments]