fbpx

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.

Jika anda perasan, biasanya arca ni akan ada di galeri serta tempat- tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan dan sering menjadi lambang kebanggaan kawasan tersebut.

Namun lain pula yang terjadi di sebuah bandar dekar Maghribi di mana kerajaan terpaksa memusnahkan arca tersebut setelah didesak oleh orang ramai dan rakyat mereka sendiri.

Mengundang kemarahan rakyat

Pihak Berkuasa Morocco bertindak merobohkan dua arca ikan yang dibina seakan-akan menyamai alat kemaluan lelaki. Hal ini terjadi setelah gambar arca ikan tersebut telah tular di media sosial dan mendapat komen yang negatif daripada netizen.

Gambar tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan turut dijadikan bahan jenaka di platform media sosial.

Kini, arca ikan tersebut telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa atas desakan orang awam.

Tiada niat nak bina arca yang menyamai dengan alat kemaluan

Menurut Pegawai Metropolis, arca tersebut, tidak dibina atas dasar ingin menyamai alat kemaluan lelaki. Malah dua arca tersebut merupakan bentuk ikan yang diletakkan secara berhadapan dengan mulut yang muncung.

Pegawai tersebut bertindak mengeluarkan kenyataan umum untuk membersihkan nama kerajaan kerana terdapat pelbagai spekulasi yang timbul setelah wujudnya arca itu.

Arca tersebut diletakkan di bulatan kawasan Mehdya yang merupakan kawasan orang awam dan terletak dengan sebuah pantai yang terkenal.

Bentuk arca tersebut adalah sangat tidak sesuai dan boleh mengundang persepsi negatif terhadap arca yang diletakkan di tempat awam itu.

[fbcomments]