fbpx

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang rakyat negara ini yang baharu pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus.

Mangsa merupakan antara 11 yang menjalani ujian pengesanan selepas tiba dari Wuhan, China. Kini mangsa diasingkan di hospital sementara menunggu keputusan lanjut diperoleh.

“Daripada 11 yang menjalani ujian pengesanan itu, keputusan seorang lagi masih belum selesai atau diperoleh.

Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia, dua dari China dan seorang Jordan. Keputusan seorang yang belum diketahui itu adalah rakyat Malaysia.”

Kementerian meminta, mana-mana pihak khususnya yang baharu pulang bercuti dari China dinasihatkan untuk segera menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya tidak sihat.

Rakyat di negara ini turut diminta menangguhkan lawatan atau percutian ke Wuhan, China terutamanya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

[fbcomments]