Terdahulu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pemilik akaun media sosial di Facebook ‘Asri Janggut’ untuk memberi keterangan susulan klip rakaman video tular mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh yang disiarkan di Facebook Hot Burger Malaysia.
KPD Sungai Buloh buka kertas siasatan
Dari Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Safa’aton Abu Bakar berkata, kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu dibuka susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang Pegawai Kanan Polis dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pengadu merasakan klip rakaman video yang tular di media sosial tersebut boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh, PDRM dan juga kredibiliti Ketua Polis Selangor dalam menangai kegiatan perjudian di Kawasan Sungai Buloh kerana maklumat yang diberikan dalam video tersebut tidak tepat.
Dia bukan suspek perlu rakam keterangan
Namun kenyataan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh itu bercanggang dengan arahan dari Ketua Polis Selangor.
Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat.“
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.
Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.
Merbahayakan diri dan keluarga
Tapi sayang, dia telah mendedahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mendedahkan dirinya dan sepatutnya usah mendedahkan identiti.
Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terdedah ia boleh mengundang masalah.
Selain itu, beliau turut meminta orang awam yang ada maklumat berkenaan salah laku pegawai atau anggotanya agar salurkan kepada pihaknya dengan bukti yang jelas untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, sekiranya ia berkaitan dengan rasuah, boleh laporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).