Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat seorang lelaki dipercayai bukan warganegara, bertindak meludah beberapa kali di dalam tren Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) dan kemudian menggosokkan air liurnya menggunakan kaki.
KTMB mahu ambil tindakan
Pihak KTMB menerusi Twitter meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut, segera memaklumkan kepada pihak mereka.
Jangan risau, kami dah bersihkan
Susulan daripada kejadian tersebut, pihak KTMB memaklumkan bahawa pihak mereka telah membersihkan seluruh kawasan tren dan telah disanitasi dengan baik.
Kalau jumpa sebaiknya terus ditegur dan jangan dibiarkan sahaja.