fbpx

Isnin, semalam Inspektor Shiela telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada jam 8 pagi di Selayang atas tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Perintah Tahan Kerja Terhadap Shiela

Menurut BH Online, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita viral itu atau lebih dikenal ramai sebagai Inspektor Percubaan Shiela Sharon A/P Steven Kumar.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad memaklumkan perintah tahan kerja adalah mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah pun disempurnakan terhadap pegawai terbabit.

“Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan Shiela sebagai seorang pegawai polis adalah digantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT)”, jelasnya kepada media, Isnin semalam.

Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Yang Dikenakan

Selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Selayang semalam, Inspektor Shiela mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan atas ketiga-tiga pertuduhan sejurus kertas pertuduhan dikemukakan.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan”, ujarnya selepas tuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.

Kredit: BH Online

[fbcomments]