Setiap pelajar yang telah bergelar graduan pastinya mengimpikan orang tua mereka berada di sisi semasa hari bahagia menerima segulung ijazah. Namun, tidak bagi graduan ini apabila beliau terpaksa berhadapan dengan musibah yang paling berat dalam hidupnya setelah mendapat berita tentang kematian bapa tercinta 15 minit sebelum beliau naik ke pentas menerima skrol.

@uniszaedumy

Khabar duka 15 minit sebelum terima skrol Kuala Nerus: Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila mendapat berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas. Haslina Kalang, 23, menerima panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), ketika ditemui berkata dia sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mempunyai sakit stroke. “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah” “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik. Haslina berkata, selepas tamat belajar di menjaga ayahnya sepenuh masa dan belum bekerja dimana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya. Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini. Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA.

♬ original sound – UniSZA – UniSZA

Terima Khabar Bapa Meninggal 15 Minit Sebelum Naik Pentas

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @uniszaedumy di laman TikTok, ia memaparkan seorang graduan wanita terpaksa menahan sebak sambil tisu ditangan mengelap air mata sebelum namanya dipanggil untuk menerima skol nya. Difahamkan, Haslina Kalang, 23, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan kepujian) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah pada jam 10.30 pagi dan beliau dimaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, telah meninggal dunia.

Pada hari kejadian, Haslina dikatakan sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, pada Isnin.

Berat Tinggalkan Ayah Sebab Kena Serangan Strok

Menurut sumber lagi, Haslina memaklumkan bahawa beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyennya kerana risau akan kesihatan bapanya yang diserang serangan strok.

“Ayah suruh saya datang juga konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah. Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol. Alhamdulilah saya dapat berbakti kepada ayah dan saya reda dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya”, jelasnya.

UniSZA Sumbang RM2,500 Untuk Membeli Tiket Penerbangan Ke Tawau

Sementara itu, pihak UniSZA telah menyumbangkan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau pada Isnin, semalam. Haslina yang sepatutnya menaiki penerbangan ke kampung halamannya pada hari ini, Selasa, terpaksa bergegas pulang sebaik sahaja majlis konvokesyen selesai.

Kredit: TikTok uniszaedumy

[fbcomments]