Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian dagu ketika melalui di Highway SUKE sehingga dagu terkoyak akibat terkena benang yang melintang di tengah jalan raya terbabit.
Dagu Terkoyak Terkena Benang
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @MuasRosdi di laman X, difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai.
Bukan sahaja dagunya, bahkan jarinya juga turut terluka kerana ingin memutuskan benang tersebut. Disebabkan oleh itu, beliau meluahkan rasa serik untuk melalui lebuh raya sama dan sanggup menggunakan jalan alternatif yang lain.
Setelah perkongsian itu mendapat perhatian ramai, Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dengan panggilan Altimet terpanggil untuk bersuara dan mengambil tindakan.
“Saya dah info IPD Ampang Jaya. Esok pagi ada sesi town hall di IPK Selangor saya bawa isu ini,” katanya.
Kejadian ini telah mencetuskan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya buat penunggang motosikal, bahkan ada juga dikalangan netizen yang sudah mengalami pengalaman yang sama.
Kredit: X MuasRosdi