Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan satu kejadian melibatkan sebuah treler yang menghimpit dan melanggar beberapa kenderaan persendirian di bahu jalan ketika cuba memasuki laluan ke Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka.

Rakaman itu menunjukkan kerosakan pada kenderaan yang terlibat, namun semua pemandu dilaporkan tidak berada dalam kereta masing-masing ketika kejadian berlaku.

@cyberjayaviral

Keadaan lori langgar beberapa buah kereta yang parking tepi jalan rnr ayer keroh #viral

♬ original sound – Cyberjayaviral – Cyberjayaviral

Treler Langgar Tiga Kereta Akibat Laluan R&R Tersangkut

Menurut netizen yang menonton video tersebut, kenderaan terbabit dipercayai diletakkan di laluan khas lori menyukarkan treler tersebut untuk melalui selekoh. Keadaan itu turut menimbulkan kesesakan lalu lintas dan orang awam yang berada di lokasi dilihat cuba mengalihkan kenderaan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa kes kini disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.

@utusanmelayuplusofficial

Replying to @biarlahrahsia524 Katanya dah berjam tunggu sampai berlaku kesesakan. DM Kredit. #AyerKeroh #fyp #treler #langgar

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

“Kes ini membabitkan sebuah treler dan tiga buah kereta persendirian. Siasatan terperinci masih diteruskan,” katanya.

Seorang pemilik kenderaan telah membuat laporan polis, manakala dua lagi pemilik masih belum berbuat demikian. Polis menasihati orang ramai agar mematuhi peraturan meletak kenderaan untuk mengelakkan sebarang insiden yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kredit: Sinar Harian

 

 

[fbcomments]