Chef Selebriti Anis Nabilah baru-baru ini tular selepas beliau menawarkan diri untuk menghantar seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk pulang ke rumah setelah melihat dia lama menunggu pemandu e-hailing.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/C60hHhULmrS/?igsh=NXMxNm10bDUxaWU0

Tawar Diri Hantar Lelaki OKU Ke Rumah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Chef Anis Nabilah di laman Instagramnya, difahamkan beliau terserempak dengan individu berkenaan sewaktu sedang makan di sebuah kedai mamak pada Khamis.

Namun, dirinya terdetik untuk menghulurkan bantuan kepada lelaki OKU itu selepas melihat dia seorang diri lebih kurang kira-kira 10 minit dan pemandu e-hailing yang ditempah oleh lelaki OKU itu masih belum tiba.

“Dia tunggu grab nak balik kat tepi jalan, kemudian saya tengok dia berdiri seorang diri dalam 10 minit dan banyak kereta memandu dengan laju di tepi, tetapi Grab dia tak sampai-sampai.

“Jadi, selepas habis makan, saya pergi ke arah dia dan bertanya sama ada dia okey. Nama dia Prakash dan sudah lama menunggu Grab tak sampai,” tulisnya.

Parkash Ajar Tuisyen Untuk Pelajar SPM

Tambah Chef Anis Nabilah lagi, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 pagi dan dia mengambil keputusan untuk menghantar Parkash pulang ke rumah.

“Sambil tu saya sembang dengan dia. Dia sangat sopan, lemah lembut dan petah. 

“Prakash cakap dia ajar tuisyen untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setakat ini ada dua pelajar (tahun ini). Tahun lepas dia mempunyai 4 orang pelajar.

“Jadi, dia sedang mencari sesiapa yang nak belajar dengan dia. Ramai nak caj mahal dan dia tak mampu. Jadi, saya tanya adakah okey jika saya rekod dan kongsi di media sosial.

“Di sini, Prakash nyatakan nombor telefon untuk dihubungi. Jika sesiapa berminat, bolehlah hubungi Prakash,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Chef Anis turut berterima kasih kepada orang ramai atas jasa dan bantuan yang dihulurkan sebaik sahaja melihat perkongsian video yang dimuat naik di media sosial semalam hingga mendapat perhatian media.

Kredit: Instagram anis_nabilah

[fbcomments]