Pada malam Isnin semalam, sebuah kebakaran telah berlaku di kawasan bangunan gerai yang terletak di Uptown Kota Damansara, Selangor dan kesemuanya hancur musnah dijilat api dalam sekelip mata.
Uptown Damansara Terbakar
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Kosmo! Online, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Narmizi Hamzah memaklumkan bahawa kebakaran yang melibatkan kawasan bangunan Kelas B berkeluasan 70×100 kaki persegi musnah 90 peratus manakala gimnasium terbakar 50 peratus. Kebakaran tersebut juga melibatkan lebih 20 khemah yang turut hangus terbakar.
“Kebakara berjaya dikawal pada pukul 9.06 malam dan tidak melibatkan mangsa. Kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota bomba”, jelasnya dalam satu kenyataan pada malam tadi.
Tiada Kecederaan Berlaku Dan Punca Kebakaran Masih Dalam Siasatan
Mengulas lanjut, Narmizi Hamzah turut menambah dalam kejadian semalam ia tidak melibatkan kehilangan nyawa atau sebarang kecederaan kerana kesemua peniaga berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.
Punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran juga masih dalam siasatan.
Kredit: Kosmo! Online