Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi menjadi perhatian ramai selepas tular gambarnya mengusahakan perniagaan air balang sempena bulan Ramadan di Kampung Api-api baru-baru ini.
@sinarharianonline Lapan bulan gaji tertunggak, bintang bola sepak Gopi Rizki niaga air balang Bekas pemain Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi, 36 tahun mencuri tumpuan apabila dia kini menjual air balang sempena Ramadan di Kampung Api-Api, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Gopi, yang berasal dari Kuantan, Pahang sebelum ini pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), PDRM (2019) dan Pahang (2020). Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Ramadan #AirBalang #gajitertunggak #GopiRizki
8 Bulan Gaji Tertunggak, Bekas Bintang Bola Sepak Gopi Berniaga Air Balang Demi Kelangsungan Hidup
Gopi, 36, yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan utama Liga Malaysia, termasuk Sri Pahang FC, Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), berkata perniagaan kecil-kecilan itu diusahakan bersama isteri, Nor Hidayah Roslan, 38, demi meneruskan kelangsungan hidup selepas berdepan tunggakan gaji selama lapan bulan bersama pasukan terakhir yang disertainya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan ini cukup bermakna. Jualan air balang seperti perisa jagung dan mata kucing serta kuih-muih mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Tidak sangka pula ramai yang masih mengenali saya dan mengambil peluang bergambar ketika datang membeli,” katanya.
![]()
Gopi atau nama sebenarnya R. Gopinathan sebelum ini pernah mencipta nama bersama Sri Pahang FC antara tahun 2010 hingga 2015 dengan membantu pasukan itu meraih dua kejuaraan Piala Malaysia serta satu gelaran Piala FA.
Mengulas lanjut, bapa kepada dua cahaya mata berusia dua dan lima tahun itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau perlu mencari alternatif lain bagi memastikan keperluan keluarganya terus terjamin.
![]()
“Biarpun tidak lagi aktif di atas padang, tanggungjawab sebagai ketua keluarga tetap perlu diteruskan. Apa sahaja rezeki yang halal, saya usahakan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Gopi turut memaklumkan beliau memiliki Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Kategori D dan bersedia berkongsi ilmu serta pengalaman bersama pemain muda sekiranya diberi peluang melatih pasukan di kawasan sekitar.
Kredit: Sinar Harian