fbpx

Kemunculan semula Faisal Halim dalam separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai peminat bola sepak, sejurus penampilannya yang dinantikan itu mencetuskan kegembiraan di kalangan netizen.

Terbaharu, sebuah video yang menunjukkan Faisal sedang menjalani latihan intensif di gim mula tular di media sosial, menandakan usaha gigihnya untuk memulihkan stamina dan kecergasannya.

@khanphysioo

Faisal Halim 🇲🇾 comeback journey #FH7 #selangorfc❤️💛 @Selangor FC @faisal halim

♬ Bill Conti Gonna Fly Now – reeltemplates.pro

Gigih Bersenam Untuk ‘Comeback’

Melalui sebuah video yang dimuat naik oleh @khanphysioo di TikTok, kelihatan Faisal Halim berlatih dengan penuh semangat, menjalani pelbagai jenis senaman untuk memulihkan kembali kekuatan fizikalnya. Latihan ini merupakan persiapannya untuk kembali beraksi di padang bola sepak dalam waktu terdekat.

Aksi gigih Faisal di gim tersebut memperlihatkan komitmen dan dedikasinya yang tinggi untuk memastikan dia berada dalam keadaan terbaik apabila tiba masanya untuk ‘comeback‘ yang dinanti-nantikan oleh para peminat.

Meninjau ke ruangan komen, , ramai netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Faisal dan mereka teruja melihat komitmen dan dedikasinya dalam persiapan untuk kembali ke padang.

Untuk makluman, Faisal Halim dijangka akan diturunkan dalam perlawanan Liga Super yang dinantikan antara Selangor FC dan Kelantan Darul Naim FC pada Sabtu ini. Kehadiran beliau di padang pastinya menjadi tumpuan, dan para peminat setia sudah tidak sabar menantikan aksi penuh tenaga dan kemahiran yang bakal dipamerkan oleh Faisal.

Kredit: TikTok khanphysioo

[fbcomments]