Baru-baru ini, seorang Youtuber bernama Zukie Mohamad menarik perhatian ramai selepas memberi teguran sinis terhadap sikap segelintir pencipta kandungan yang didakwa semakin rancak menghasilkan video berunsur hiburan kosong tanpa memberi manfaat kepada masyarakat.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik baru-baru ini, Zukie secara berseloroh berkongsi dirinya kini melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Shah Alam, terutamanya ketika bulan Ramadan.

@zukiemohamad769

Hidup Ini Keras Dik ….

♬ very beautiful background music(1442222) – MaxRecStudio

Zukie Mohamad Tegur Pempengaruh Hasilkan Kandungan Tidak Bermutu

Menurut Zukie, langkah itu diambil bagi mencari rezeki secara halal, selain mengisi masa dengan aktiviti yang lebih bermanfaat berbanding menghasilkan kandungan yang hanya mencetuskan sensasi semata-mata.

“Bulan puasa memang saya buat kerja sambilan lah, bulan puasa job takde. Jadi pengawal keselamatan kat Shah Alam. Okaylah gaji RM1,700, tapi ada elaun.”

“Jadi pengawal keselamatan ni ada manfaat, tolong jagakan kawasan.. jaga bangunan.. tolong menjaga. Daripada saya tak buat apa, baik kerja cari rezeki halal. Daripada jadi content creator memalukan negara, baik saya kerja begini. Takde orang hilang,” katanya.

Selain menghiburkan penonton, kenyataan Zukie itu turut dianggap sebagai sindiran terbuka terhadap pempengaruh yang dilihat semakin ghairah mengejar populariti melalui kandungan berunsur provokasi atau sensasi murahan tanpa memberi nilai tambah kepada orang ramai.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen terhibur dengan cara Zukie menyampaikan teguran berkenaan, malah ramai yang menyokong pandangannya yang mengutamakan rezeki halal serta kerja yang jelas memberi manfaat.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet yang mempertikaikan kesahihan dakwaan Zukie bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas mendapati uniform yang dipakai dalam video tersebut dikatakan lebih sinonim digunakan oleh pekerja warga asing.

Kredit: TikTok zukiemohamad769

 

[fbcomments]