Pasangan Lee Seung gi dan Lee Da In baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Namun ada pula khabar angin yang mengatakan kononnya pelakon Korea Selatan itu terburu-buru untuk berkahwin kerana Da In sedang hamil.
Agensi kepada Da In menafikan tuduhan tersebut malah mengatakan pelakan itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama.
“Cerita tersebut tak benar. Dia kini sedang sibuk di lokasi,”kata agensinya yang dilaporkan Soompi.
Wakil kepada Seung gi juga mengeluarkan kenyataan sama menolak dakwaan liar tersebut.
Seung Gi dan Da In telah berkahwin di sebuah majlis yang diadakan di Hotel Grand Intercontinental Seoul Parnas Hotel di Gangnam,Korea Selatan Jumaat lepas.
Majlis tertutup tersebut dihadiri ahli keluarga dan rakan selebriti seperti Yoo Jae Suk, Lee Dong Wook,Jay Park, Joshua and Hoshi of Seventeen, Yeon Seok dan Bae Suzy.