fbpx

Penyanyi tersohor Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor pada malam Ahad, tepat pukul 9.27 malam tadi.

Jay Jay Meninggal Dunia

Perkhabaran mengejutkan ini telah disahkan oleh rakan artis Datuk Hattan, yang mendapat berita tersebut daripada isteri Jay Jay, Zaitoon.

“Ya saya dapat bercakap dengan isterinya. Jay Jay meninggal dunia kira-kira pukul 9.27 malam,”kata Hattan ringkas kepada mStar.

Difahamkan, jenazah Jay Jay akan disolatkan di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway, pada pagi Isnin dan akan dikebumikan sebelum solat Zohor.

Sebelum ini, anak Jay Jay iaitu Cammy Fauzi memberitahu bahawa bapanya sedang menjalani rawatan fisioterapi selepas diserang angin ahmar.

Pada awal Jun lalu, Jay Jay mengalami lumpuh di bahagian kanan tubuhnya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei.

Walaupun keadaan Jay Jay kelihatan semakin baik selepas beberapa sesi fisioterapi, beliau akhirnya tidak dapat melawan penyakitnya.

Kehilangan Jay Jay pada usia 67 tahun merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik negara, meninggalkan legasi dan kenangan yang tidak akan dilupakan oleh peminat dan rakan-rakan artis.

Semoga roh Jay Jay ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dan segala jasa serta sumbangannya dalam dunia seni akan terus dikenang oleh generasi kini dan akan datang.

Kredit: Mstar

 

[fbcomments]