fbpx

Seorang lelaki berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku di Tambun Tulang, Perlis pada Ahad.

Maut Ketika Sedang Dalam Perjalanan Balik Rumah

Berdasarkan laporan Majoriti Official, difahamkan mangsa yang bernama Muhammad Hafiz Ahmad Fadzil sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal. Menerusi maklumat awal yang dikongsikan di media sosial, mangsa disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Lebih menyedihkan apabila difahamkan mangsa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menjaga emak serta dua adiknya setelah ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

“Kini tanggungjawab itu ‘terpaksa’ dilepaskan apabila arwah terlibat kemalangan pukul 2.45 pagi tadi (Ahad) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pihak keluarga telah hubungi kami pagi tadi memohon bantuan kita untuk bantu uruskan jenazah arwah Muhamad Hafiz di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

“Tiga sukarelawan telah bersama pagi tadi menguruskan mandi kafan arwah dengan dibantu ahli keluarga dan arwah telah selamat dikebumikan sebentar tadi di Tunjang Kedah,” kongsian di Facebook Van Jenazah Wakaf Perlis.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JBPM berhubung kejadian tersebut.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]