Sebuah kejadian tragis dipercayai berpunca daripada kekecewaan rumah tangga tular di TikTok selepas seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membakar rumah milik bekas bapa mentuanya.
@azrrul_ahmad Pujuk pujuk x dapat, rumah bekas mertua dia bakar. Adoilaaaa
Gagal Pujuk Bekas Isteri, Lelaki Bakar Rumah Bapa Mentua
Menurut sumber, insiden berkenaan berlaku selepas lelaki itu dikatakan gagal memujuk bekas isterinya untuk kembali hidup bersama. Dalam keadaan marah dan hilang pertimbangan, si pelaku dikatakan menuju ke rumah lama yang pernah didiami keluarga mentuanya sebelum menyalakan api hingga keseluruhan rumah musnah terbakar.
Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak pantas menahan lelaki terbabit selepas mendapati dia masih berada di lokasi sambil memerhatikan api marak menjilat rumah berkenaan. Tidak lama kemudian, dia diikat oleh orang awam untuk diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
@babyerieykaa_ Bila ex Husband jenis psycho & gila talak . Tak dapat terus bakar rumah eh . Rumah ni rumah arwah ayah dekat kampung . Banyak kenangan adik beradik kami membesar dekat rumah ni . Habis semua lesap . Terima kasih ! Dia dah bakar dia boleh stay situ yaa . Kena pegang dengan orang kampung pon dia boleh sindir2 , gelak2, melawan . Kau betul2 psycho !
Bekas isterinya yang mengetahui kejadian itu meluahkan rasa sebak apabila rumah peninggalan bapanya yang menyimpan banyak kenangan bersama adik-beradik kini musnah sekelip mata. Katanya, tindakan bekas suami itu sukar diterima apatah lagi kediaman berkenaan mempunyai nilai sentimental yang tidak ternilai buat keluarganya.
Kredit: TikTok azzrul_ahmad, babyerieykaa_