fbpx

Dua anggota polis disahkan maut, manakala seorang lagi dilaporkan cedera paarah selepas Balai Polis Ulu Tiram, Johor diserang oleh seorang lelaki bertopeng yang mengganas dengan menembak dan menetak kesemua mangsa, dalam kejadian pada Jumaat.

Lelaki Bertopeng Bersenjakan Pistol Dan Parang Serang Balai Polis

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor iaitu Komisioner M Kumar memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 2.45 pagi yang melibatkan seorang suspek berpakaian gelap sambil bertopeng dan bersenjatakan pistol dan parang. Difahamkan, seorang polis telah ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh suspek yang menceroboh masuk ke dalam balai dengan dua senjata yang dibawa.

Suspek juga dikatakan merampas dua senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas hingga menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.

Mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, dipercayai meninggal dunia akibat ditetak di bahagian belakang leher dan kepala. Sementara seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel, Muhamad Syafiq Ahmad dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Suspek Mati Ditembak

Sementara itu, turut dilaporkan seorang lagi pegawai polis berpangkat koperal yang ditembak suspek kini dilaporkan berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.

Menurut laporan, suspek kejadian telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.

“Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut dijalankan polis,” katanya.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]