fbpx

Seorang wanita dilaporkan maut selepas dibunuh oleh suaminya di dalam sebuah bilik hotel Batu Gajah antara 7.30 pagi hingga 2 petang pada 20 Jun yang lalu, akibat suami kepada wanita yang bernama Nisya Syahkila berasa tidak puas hati terhadapnya yang mahu meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Terbaharu, ibu kepada Allahyarhamah dilihat gagal menahan sebak apabila melihat suspek yang bernama Hairil Anaas Abdullah, 37 berjalan keluar dari perkarangan Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Isnin.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSYxPQGC3/

Mak Mentua Merintih Di Luar Mahkamah

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sinar Harian di laman TikTok, ibu kepada Allahyarhamah Nisya Syakila iaitu Rozita Radzuan, 56 meluahkan rasa kesal diatas kejadian kejam yang menimpa anaknya itu.

“Sampai hati, sanggup kamu bunuh anak ibu, Nisya tu baik, 32 tahun ibu jaga anak ibu,” katanya sambil ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.

Pada masa yang sama, tertuduh yang mengenakan baju-T biru dan seluar hitam hanya menundukkan kepala tanpa sebarang kata.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin, tertuduh mengangguk sebagai tanda faham, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, mengendalikan kes tersebut sementara tertuduh tidak diwakili peguam. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, tertuduh boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah telah menetapkan 9 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan kimia, bedah siasat, dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]