Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita telah dicabul oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasar raya yang terletak di Selayang, Selangor.
Video di bawah:
https://www.instagram.com/p/C71aXh7Sjpd/?hl=en&img_index=1
Lelaki Pegang Punggung Dengan Sengaja Ketika Berselisih
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @nfzda di laman Instagram, difahamkan kejadian tersebut berlaku pada petang Selasa dan ia sempat dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
Rakaman berdurasi 9 saat itu memaparkan mangsa sedang berjalan di bahagian rak barangan dan telah berselisih dengan seorang lelaki (pelaku) yang kemudiannya meraba punggungnya dengan sengaja.
“Apabila dia melepasi saya, saya rasa punggung saya dipegang lelaki tersebut. Dia terus melarikan diri, saya berasa panik dan terus pergi ke kaunter pembayaran berjumpa dengan pengurus premis untuk melihat rakaman CCTV,” katanya.
Menurut laporan polis yang dibuat olehnya, katanya dia kemudiannya bertemu dengan lelaki terbabit yang memakai kemeja-T berwarna putih di kaunter pembayaran.
“Saya bertanya kepada lelaki tersebut mengapa berbuat demikian tetapi dia beritahu tidak sengaja melakukan perkara itu. Saya menerima rakaman CCTV daripada pekerja premis dan mendapati dia memegang punggung dengan sengaja,” jelasnya lagi.
Dah Buat Laporan Polis Tapi Polis Tak Dapat Buka Kertas Siasatan Kerana Kekurangan Bukti
Walaupun mangsa sudah membuat laporan polis, namun katanya polis tidak dapat membuka kertas siasatan kerana kekurangan bukti yang kukuh seperti gambar kad pengenalan, nombor plat motosikal ataupun kereta bagi mengelakkan salah tangkapan.
Oleh yang demikian, dia terpaksa menularkan tentang kejadian tersebut agar dapat mengesan si pelaku dan berharap lelaki berkenaan dapat ditangkap supaya ia tidak berlaku terhadap orang lain di luar sana.
“Saya cuma nak keadilan dan pelaku ditangkap. Kepada yang kecam pemakaian saya, saya terima dengan hati terbuka. Kalau pakai jubah sekalipun, tak bermakna lelaki ini boleh buat sesuka hati,” ujarnya yang masih trauma dan berasa tidak selamat dengan insiden menimpanya.
Kredit: Instagram nfzda