Baru-baru ini tular di laman sesawang berkenaan seorang lelaki tidak dikenali mencabul seorang wanita yang dipercayai berlaku di LRT Maluri, Cheras. Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana telah menggugat keselamatan seorang wanita yang berkeseorangan.

Suspek Telah Dikesan Dan Sedang Menerima Rawatan Psikiatri

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Harian Metro, lelaki terbabit telah dikesan pihak berkuasa dan kini sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan suspek sudah dikenal pasti dan akan ditahan dalam masa terdekat.

“Dia kini berada di HKL, kita akan tangkap dia tidak lama lagi”, jelasnya dalam sidang akhbar semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Infor terdahulu, laman media sosial hangat tentang isu seorang wanita terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila dirinya dipeluk secara tiba-tiba dengan seorang lelaki warga asing di stesen LRT Maluri pada Jumaat lalu. Namun, tindakan pantas orang awam yang berada di sekeliling tempat kejadian telah menyelamatkan nyawa wanita itu dari terjadinya perkara lebih buruk dan wanita tersebut sempat melarikan diri selepas orang awam berjaya menyelamatkannya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]