Baru-baru ini tular satu kejadian yang memaparkan seorang wanita telah dicabul oleh seorang lelaki yang dipercayai dengan sengajanya memegang punggung wanita berkenaan di sebuah pasar raya yang terletak di Selayang, Selangor.
Terbaharu, kini polis sedang giat menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan selepas wanita terbabit membuat laporan polis pada hari kejadian.
Polis Buka Kertas Siasatan
Menurut Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, beliau memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cabul terhadap wanita yang berumur lingkungan 30-an.
“Pihak polis meminta saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan berkongsi maklumat bagi mengenal pasti identiti pelaku.
“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya pada Sabtu.
Ahmad Sukarno menambah, siasatan lanjut pada masa ini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Kredit: Berita Harian