Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki didakwa berada berdua-duaan di kediaman seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada Ahad lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan serbuan penguat kuasa yang dipercayai dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), menarik perhatian ramai di media sosial.

Tunang Terjah Depan Pintu, Lelaki Didakwa Berkhalwat Dengan Staf Wanita

Menurut tangkap layar WhatsApp yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh pengguna @lyzzsar, anggota penguat kuasa dilaporkan menunggu hampir dua jam di luar kediaman kerana penghuni enggan membuka pintu. Akhirnya, pintu terpaksa ditendang sebelum pemeriksaan dijalankan sekitar jam dua pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan dikatakan mempunyai hubungan majikan dan pekerja. Dalam insiden itu, wanita terbabit dilaporkan cuba menyembunyikan diri di dalam almari pakaian ketika serbuan dijalankan.

Rakaman tersebut turut memaparkan seorang wanita dipercayai tunang lelaki terbabit berada di luar kediaman, sementara anggota JAIS berusaha menenangkan situasi.

Tangkap layar itu juga mendakwa penguat kuasa menemui barangan milik lelaki di rumah wanita tersebut yang dipercayai menunjukkan mereka sudah beberapa kali tinggal bersama.

Kredit: Threads lyzzsar, Borak Daily

[fbcomments]