Akibat berang melihat anak perempuannya bermain telefon sehingga lewat malam, mengakibatkan seorang lelaki ditahan di Lembah Subang kelmarin.
Difahamkan lelaki itu bertindak memukul remaja tersebut dengan menggunakan tali pinggang dan mengugut bunuh dengan sebilah parang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa sekitar pukul 1.18 tengah hari.
Remaja 15 tahun itu mendakwa dirinya telah dipukul dan diugut bunuh oleh bapa kandungnya sendiri. Punca kejadian adalah disebabkan mangsa bermain telefon pintarnya hingga lewat malam dan bapa mangsa seoarang yang panas baran.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis memberkas bapa mangsa yang berusia 56 tahun pada pukul 10.30 malam.”
“Sebilah parang pemotong daging 0.3 meter juga dirampas.”
“Suspek direman empat hari sehingga Selasa hadapan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001
Sumber:KOSMO!