Baru-baru ini seorang lelaki yang bernama Muhammad Daniel Haikal, 27, telah dilaporkan hilang selepas membuat urusan penjualan telefon bimbit bersama pelanggan yang tidak dikenali sejak 3 Oktober lalu.

Kemaskini terbaharu dimaklumkan bahawa Daniel telah selamat pulang ke rumah namun dalam keadaan trauma.

Pulang Dalam Keadaan Selamat

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Sinar Harian, perkara ini telah disahkan oleh ibu saudara Daniel melalui laman Instagram @lameraheyra yang memaklumkan Daniel telah kembali pulang kerumah dalam keadaan yang selamat. Walaupun begitu, ibu saudaranya turut memberitahu anak saudaranya kini dalam keadaan trauma selepas apa yang telah menimpa keatasnya.

Ibu Tak Henti Ucap Terima Kasih Kepada Semua Yang Membantu Tularkan Isu Kehilangan Daniel

Dalam pada itu, wanita tersebut juga turut berkongsi tangkap layar kenyataan yang dibuat oleh ibu kepada Daniel dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan mengambil berat mengenai keberadaan anaknya itu.

“Alhamdulilah anak saya Muhammad Daniel telah selamat sampai ke rumah dengan selamat… terima kasih kepada abang lori yang selamatkan anak saya. Kepada yang tak berhenti mendoakan anak saya, terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas jasa semua yang membantu saya untuk menularkan kes kehilangan anak saya”, tulis ibu mangsa.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]