Seorang lelaki maut apabila kereta kancil yang dipandunya telah dihempap kontena, dipercayai berlaku di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa petang kelmarin.

Punca Tanah Mendap Kontena Jadi Tak Stabil

Berdasarkan sumber yang dipetik daripaada Majoriti, tragedi ini dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang menyebabkan kontena terbabit menjadi goyah sebelum terbalik dan menghempap kereta kancil itu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan kontena tanpa kepala tersebut diletakkan di tepi jalan bagi melakukan kerja-kerja pemunggahan barang.

“Mangsa dipercayai meletakkan kereta Kancilnya bersebelahan dengan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berhampiran. Siasatan mendapati mangsa ternampak kontena terbabit sedikit condong sebelum bertindak mengubah kenderaannya itu ke kawasan lain”, jelasnya.

Tak Sempat Alih Kereta, Maut Di Tempat Kejadian

Walaupun begitu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an tersebut tidak berkesempatan untuk mengalihkan keretanya apabila kontena terbabit terbalik dan menghempap mangsa serta kenderaannya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut sumber yang diambil dari Facebook Info Berita Semasa, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.46 petang.

“Mangsa yang juga pemandu kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba dalam tempoh 10 minit”, ujarnya ketika dihubungi. Namun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kredit: Facebook INFO BERITA SEMASA, Majoriti

[fbcomments]