Kehilangan salah seorang ahli keluarga adalah kenangan terpahit yang dialami oleh seseorang, kerana mereka tidak lagi berada di dunia yang nyata dan tidak muncul lagi di depan mata.

Gambar Sumber: Harian Metro

Mohon Pulangkan Helmet Merah Anak Saya

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Harian Metro, seorang wanita yang bergelar ibu, dikenali sebagai Norazlina Abdul Aziz memohon agar sesiapa yang mengambil topi keledar yang dipakai oleh anaknya sewaktu kemalangan sehingga meragut nyawa anaknya itu untuk memulangkan semula. Topi keledar tersebut adalah jenis full face berwarna merah jenama Zeus. Ia digunakan sewaktu kemalangan, namun hilang dipercayai diambil seseorang sewaktu di tempat kejadian.

“Saya merayu kepada sesiapa yang terambil helmet arwah anak semasa kemalangan itu, pulangkan semula kerana puas kami cari di lokasi nahas, tetapi tak jumpa. Kalau ada yang terbeli dari seseorang, saya sanggup bayar semula duit itu. Helmet itu sangat berharga bagi saya kerana itulah kenangan anak saya, barang kesayangan arwah yang dia usahakan beli guna duit gaji sendiri”, luah ibu mangsa.

Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Menurut ibu mangsa, arwah anaknya iaitu Muhammad Danish Irfan Mohd Tajul Syahrizal, 19, telah meninggal dunia selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori pada Julai lalu, dipercayai berlaku di Kampung Pandan Dalam ketika menuju ke tempat kerjanya di Selayang, Selangor. Beliau berkata Muhammad Danish Irfan merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan diharap menjadi ketua keluarga selepas suaminya meninggal dunia akibat barah paru-paru pada tahun 2012.

“Semasa usianya 16 tahun, saya harapkan anak ini boleh ganti tanggungjawab arwah suami. Saya tengok dia memang sangat melindungi keluarga terutama apabila ada orang cakap bukan-bukan pasal saya. Tapi sekarang tempat saya bergantung harap sudah tiada, cuma doa dapat saya berikan untuknya. Bukan tak reda, tetapi masih perlukan masa mencari kekuatan untuk menerima kenyataan ini”, ujarnya.

Norazlina turut menceritakan bahawa pemergian anaknya itu terjadi kira-kira 43 hari sebelum Allahyarham menyambut ulang tahunnya pada 16 Ogos lalu. “Untuk birthday Abang Ngah tahun ini, hanya doa dan bacaan Yasin yang dapat mama hadiahkan. Tak dapat lagi nak celebrate macam tahun-tahun sebelum ini”, luahnya lagi.

@iceblendedc4

Utk birthday Abg Ngah thn ni…hanya doa dan bacaan Yasin yg dpt mama hadiah kan. Tak dpt lagi mama nak celebrate mcm thn2 sebelum ni. Hanya 19thn je mama sempat rasa celebrate birthday Abg Ngah. Rinduuuuuuu sgt Abg Ngah. AlFatihah #rinduanakmama #rinduseparuhnyawa #anakmamadahjumparwahpapa #kemalanganotwpergikerja06072023

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾
@iceblendedc4

ADA SAATNYA DIMANA SANGAT MERINDUKAN SESEORANG HINGGA INGIN MENJEMPUTNYA DARI MIMPI DAN MEMELUKNYA DI DUNIA NYATA. #Alfatihahsayangmama #rinduanakmama #rinduseparuhnyawa #kemalanganotwpergikerja06072023

♬ Rangkullah Hatiku – Uchi Qolby

Rindu Tiada Penghujung

Meninjau ke laman TikTok milik ibu arwah, beliau dilihat kerap menziarahi pusara anak dan suaminya untuk menyedekahkan al-Fatihah serta meluahkan rasa rindu tanpa henti akan kehilangan kehilangan dua insan tersayang.

“Mama angankan tangan abang Ngah akan pimpin tangan amma sampai mama tua. Tapi siapa sangka hanya sementara Allah beri mama rasa itu. Nanti tarik tangan mama masuk syurga ya sayang”, luahnya dengan rasa pilu.

Kredit: Harian Metro, TikTok IceblendedC4

[fbcomments]