Seorang lelaki berusia 54 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari pokok petai setinggi lebih 10 meter di sebuah kebun di Kampung Changkat Perah semalam.
Jatuh 10 Meter Dan Maut Di Tempat Kejadian
Ketua Polis Selama iaitu Superintendan Sarudin Samah memaklumkan bahawa mangsa, Hafiz Mohd Isa, disahkan maut di tempat kejadian.
Mangsa ditemui oleh rakannya dalam keadaan kritikal sekitar jam 11 pagi sebelum pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
Menurut Sarudin, mangsa telah lama menjalankan pekerjaan sebagai pemanjat pokok jering dan petai, mengambil upah sejak usianya 20 tahun.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selama untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Semambu pada malam semalam.
Kredit: Harian Metro