fbpx

Seorang lelaki dari wilayah Batu Bara di Sumatera Utara bertindak merogol dan membunuh ibu mentuanya disebabkan ketidakpuasan hati apabila ibu mentua meminta dirinya menceraikan isteri sendiri.

Minta Ceraikan Isteri

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Tribune News, suspek yang dikenali sebagai Syah Munir, 45, dimaklumkan bahawa beliau membuat perbuatan terkutuk tersebut ke atas ibu mentuanya yang berusia 52 tahun angkara rasa tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa yang memintanya untuk menceraikan isterinya. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batu Bara, AKP Ellysa Simaremare, isteri kepada suspek difahamkan sedang bekerja di Malaysia ketika kejadian berlaku.

“Suspek memukul dan mencekik sebelum menyeret ke dalam biliknya dan dirogol. Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek mencuri barang kemas, motosikal serta telefon bimbit mangsa. Hasil siasatan kami mendapati motif tindakan tersebut adalah kerana sakit hati dan dendam selepas mangsa memaksa suspek menceraikan anak perempuannya kerana terlalu lama menganggur dan enggan bekerja”, jelas Ellysa.

Mempunyai Rekod Jenayah Beberapa Tahun Lalu

Tambah Ellysa lagi, suspek berjaya ditemui pihak polis sebelum ditembak di bahagian kaki atas cubaan melarikan diri dan melawan anggota polis yang ingin melakukan tangkapan terhadapnya. Mengikut hasil siasatan, suspek mempunyai rekod jenayah membunuh sejak beberapa tahun yang lalu dan akan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabit kesalahan.

Kredit: Tribune News

[fbcomments]