Seorang lelaki berkongsi pengalaman menyentuh hati di laman TikToknya mengenai pusara Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang sentiasa diziarahi orang ramai.

@bunkkos_mayatt06

Apalah amalan arwah Farah Kartini 😥.. Serius wey aku dapat rasa dia ni lain dari lain.. semoga Allah merahmati roh dan jasad nya 🤲 #FarahKartini

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Pusara Allahyarhamah Farah Kartini Sentiasa Dikunjungi Orang

Menurut pemilik akaun bernama @bunkkos_mayatt06 di TikTok, beliau memberitahu bahawa dia berada di kawasan perkuburan selama lebih kurang empat jam dan sepanjang tempoh itu, ramai orang datang untuk menziarahi kubur arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

“Aku duduk empat jam kawasan ni tak putus orang ziarah. Apalah amalan arwah Farah Kartini.. Serius wey aku dapat rasa dia ni lain dari lain. Semoga Allah merahmati roh dan jasadnya,” katanya.

Arwah Farah Kartini Seorang Yang Baik

Dalam ruangan komen, beberapa orang berkongsi kenangan manis bersama arwah, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tekun menjaga solat dan suka membantu orang yang memerlukan. Banyak yang turut merasa kehilangan walaupun tidak pernah mengenali arwah secara peribadi dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Kisah tragis Nur Farah Kartini bermula pada 11 Julai lalu ketika beliau dilaporkan hilang setelah menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Kejadian itu berakhir dengan penemuan mayatnya pada 15 Julai, yang mengesahkan bahawa beliau telah dibunuh oleh seseorang yang dikenalinya di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Polis kemudiannya menahan seorang anggota polis berusia 26 tahun untuk membantu siasatan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang mengenalinya, dan kini pusaranya menjadi tempat ziarah ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir.

Kredit: TikTok bunkkos_mayatt06

 

 

[fbcomments]