Baru-baru ini, heboh di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sambil mempamerkan ves polis miliknya.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSYHCveB1/

Diri Dalam Keadaan Mabuk, Siap Tunjuk Ves Polis Kepada Pekerja Di Jalan Raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tommy.tan2 di laman TikTok, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada 26 Jun lalu sambil memaparkan seorang lelaki yang kelihatan mabuk terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pekerja kontraktor.

Video tersebut menunjukkan lelaki itu, yang memandu sebuah kereta mewah Volkswagen Scirocco hanya memakai seluar tanpa baju.

“Lelaki mabuk gaduh dengan pekerja jalanan di Ayer Hitam keluarkan baju polis dan tunjukkan kepada mereka,” tulis pemilik video tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid memaklumkan bahawa, pihaknya mengesahkan lelaki yang dipercayai mabuk itu merupakan pegawai kanan polis.

Menurut beliau, pegawai kanan polis yang didakwa berada di bawah pengaruh alkohol itu juga sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan.

Kredit: TikTok tommy.tan2

[fbcomments]