Pada beberapa hari nama pasangan ini sering dipetik apabila Noor Nabila iaitu kakak kepada Neelofa memaklumkan bahawa beliau dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal akan membawa haluan masing-masing selepas suaminya bertindak keluar dari rumahnya pada awal Januari.
Sah Bercerai Talak Satu
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, kedua-dua pasangan ini sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin. Nabila menyatakan perasaannya bahawa beliau redha dengan penceraian tersebut dan anggapnya sebagai takdir yang ditentukan keatasnya tanpa mempersoalkan sebarang kemungkinan. Beliau turut luah rasa syukur kerana proses penceraian mereka berjalan dengan lancar dan baik.
Perpisah Bukan Perjalanan Yang Mudah Tapi Saya Reda
Menurut Nabila lagi, penceraian yang mereka putuskan ini bukanlah satu keputusan yang mudah, namun beliau hanya menganggap ia sebagai perjalanan takdir yang sudah tertulis buat mereka. Beliau juga tenang menjawab segala persoalan daripada peminat tentang pengumuman pengakhiran hubungan mereka. Nabila memaklumkan mereka sudah berhasrat untuk berpisah selepas 8 bulan membuat keputusan yang sukar ini.
Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan
“Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagian dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuanNya. Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan”, luahnya lagi.
Pada akhir kata, Nabila mengharapkan segala perancangan yang diimpikan sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat ganda kepada dirinya, serta orang sekeliling. “Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya,” katanya.
Terdahulu, Nabila memaklumkan bahawa beliau dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021. Keputusan dibuat selepas Engku Emran keluar dari rumah mereka pada Januari lalu.
Kredit: Harian Metro, Instagram Noornabila