fbpx

Penyanyi popular Malaysia, Shila Amzah akhirnya dedah pada umum bahawa beliau dan bakal suami, Ubai akan bernikah pada hari Sabtu, esok selepas mendiamkan diri dari media untuk memberitahu tarikh hari istimewanya waktu lalu.

Esok Permulaan Baru

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh Shila di instastorynya, ia telah memberi gambaran beliau dan Ubai akan melakar hidup baharu bermula esok sebagai pasangan suami isteri.

“Permulaan baru kita esok”, luahnya ringkas sambil berkongsi gambar Ubai memimpin tangan anak kecil lelakinya.

Lepas Anak Giliran Mak Pulak

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh ibu Shila yang mesra disapa sebagai mamazie, beliau juga tidak melepaskan peluang untuk muat naik video reels yang memaparkan dirinya memegang baju persalinan dipercayai miliknya sempena hari pernikahan anak perempuannya dari sebuah butik pakaian. Meninjau ruangan kapsyen Mamazie, beliau sempat bergurau berkenaan statusnya selepas pernikahan anak selesai.

“Lepas anak mak pulak.. Eh gurau je, berangan tak salah kan”, tulisnya di bahagian kapsyen.

Sebelum ini, hubungan Mamazie dan suaminya ND Lala dilanda musibah akibat kehadiran orang ketiga. Namun sampai sekarang tiada perkembangan yang baru.

Kredit: Instagram Shahilaamzah, Fauziah Sarman

[fbcomments]