fbpx

Seorang wanita berbangsa Cina yang berusia 35 tahun dilaporkan telah direman selama dua hari selepas menjadi punca kemalangan maut berlaku  di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Timur semalam.

Wanita tersebut dipercayai telah memberhentikan kenderaan yang dipandunya di bahu jalan sebelum melintas lebuh raya hingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

https://x.com/hezerisamsuri/status/1783891729927815264?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Direman Selama Dua Hari Untuk Bantu Siasatan

Memetik laporan BERNAMA,  Ketua Polis Daerah Temerloh iaitu Asisten Komisioner Mazlan Hassan memaklumkan bahawa penumpang kenderaan wanita terbabit yang juga seorang lelaki warga China berusia 37 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Mereka direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut susulan kemalangan yang membabitkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, mangsa kejadian merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beliau disahkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton.

Mazlan turut menambah, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sejurus pemandu pikap itu menekan brek mengejut selepas wanita terbabit yang memandu sebuah jip Mitsubishi Pajero berhenti di bahu kiri jalan sebelum melintas ke kanan laluan itu.

“Dalam masa sama, motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 ditunggang mangsa datang dari arah belakang dan terus melanggar pikap itu, sebelum mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikalnya tercampak ke belakang kenderaan itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Kredit: BERNAMA

[fbcomments]