Seorang pemuda berusia 23 ditahan pihak berkuasa tempatan selepas didapati meliwat 19 orang kanak-kanak lelaki bawah umur di Kampung Cibojong, Desa Pulosari di Sukabumi, Indonesia.
Menurut Jabar Suara, pemuda yang tidak didedahkan namanya itu menggunakan modus operandi pandai mengajar ilmu kebal kepada mangsa-mangsanya.
Menurut pihak polis, kegiatan jijiknya diketahui selepas ibu bapa kepada salah seorang mangsa membuat laporan anaknya telah dicabul oleh pemuda berkenaan.
“Berawal laporan salah seorang orang tua korban, yang menyatakan anaknya dicabuli oleh pelaku. Saat lidik ternyata korban bertambah jadi empat orang. Setelah itu tersangka mengakui jumlah korban sementara kurang lebih 19 anak laki-laki dibawah umur.”
Pemuda itu akan mendekati mangsa melalui Facebook sebelum memberitahu mereka dia boleh mengajar ilmu kebal badan dan dia akan menakut-nakutkan mangsa kononnya nanti akan ada makhluk datang mengganggu dan akhirnya mangsa akan menjadi gila jika menolak permintaannya itu.